Pegawai Masjid

NAZIR

DATO’ SUID SAAD

Kuasa Nazir dalam Peraturan Masjid dan Surau

Core Values Icon

KUASA NAZIR - Seksyen 11 Peraturan ​Masjid dan Surau NEGERI Selangor 2017

  • Mengetuai pengurusan dan pentadbiran masjid.
  • Memastikan semua aktiviti masjid tidak bercanggah dengan pegangan Ahli ​Sunah Wal Jamaah.
  • Mengarahkan Setiausaha Jawatankuasa Kariah memanggil Mesyuarat ​Jawatankuasa Kariah, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kariah, Mesyuarat ​Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas.
  • Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kariah, Mesyuarat Khas ​Jawatankuasa Kariah, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung ​Khas.
  • Bertanggungjawab mengawal urusan kewangan mengikut Garis Panduan ​Pengurusan Kewangan Masjid dan Surau Negeri Selangor yang telah ​ditetapkan oleh Majlis.
  • Menandatangani surat, dokumen rasmi masjid dan semua minit mesyuarat ​yang dipengerusinya
  • Memastikan jadual tugasan harian Imam, Bilal dan Siak dilaksanakan.
  • Menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib terhadap anggota ​Jawatankuasa Kariah dan Pembantu Masjid
  • Memastikan orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara ​tentang agama Islam, memberikan ceramah, tazkirah atau membaca ​khutbah mempunyai tauliah yang dibenarkan oleh Majlis
  • Memastikan khatib membaca teks khutbah yang disediakan oleh Majlis
  • Menasihati ahli kariah masjid itu tentang perkara-perkara yang berkaitan ​dengan agama Islam
  • Memastikan daftar ahli kariah masjid sentiasa dikemas kini.
  • Melaporkan dengan segera kepada Majlis segala perkara berbangkit dalam ​kariah itu yang patut diketahui oleh Majlis;
  • Memastikan bahawa biro-biro yang diwujudkan menjalankan tugas-tugas ​dengan sempurna
  • Mewakili Jawatankuasa Kariah bagi masjid itu dalam apa-apa perjumpaan ​dengan mana-mana pihak lain
  • Memastikan bancian dan pendaftaran asnaf zakat, ibu tunggal, anak-anak ​yatim dan orang kurang upaya dalam kariah masjid itu dijalankan.
  • Menjadi Penasihat bagi surau dalam kariah masjidnya.



Pegawai Masjid

Imam

Tn HJ ​BAHARUDIN ​SAMSUDIN

Ustaz FAKHRI Al Hafiz

Tugas dan Tanggung Jawab Imam dalam ​Peraturan Masjid dan Surau

User Groups

TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB IMAM - Seksyen 18 ​Peraturan Masjid dan Surau NEGERI Selangor 2017

  • Mengimamkan sembahyang fardu dan apa-apa sembahyang berjemaah ​lain.
  • Memastikan semua aktiviti masjid tidak bercanggah dengan pegangan Ahli ​Sunah Wal Jamaah,
  • Membaca teks khutbah Jumaat, khutbah hari raya dan khutbah khas yang ​disediakan oleh Majlis.
  • Memberikan nasihat dalam perkara-perkara tentang agama Islam, ​kekeluargaan dan pembangunan ummah kepada ahli kariah.
  • Mengajar ahli kariah dalam memahami fardu ain dan fardu kifayah.
  • Menjalankan usaha-usaha amar makruf nahi mungkar.
  • Memimpin tahlil arwah, doa selamat dan amalan sunah yang lain di ​kalangan ahli kariah.
  • Menghadiri tiap-tiap Mesyuarat Jawatankuasa Kariah.
  • Mematuhi arahan untuk menghadiri kursus dan latihan serta program bagi ​meningkatkan tahap profesionalisme Imam; dan
  • Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Majlis atau ​Nazir.


Pegawai Masjid

Bilal

TN HJ ​MOHAMAD ​SELAMAT

Ustaz HJ ​NAZRI ISMAIL

Tugas dan Tanggung Jawab Bilal dalam ​Peraturan Masjid dan Surau

User Groups

TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB BILAL - Seksyen 18 ​Peraturan Masjid dan Surau NEGERI Selangor 2017

  • Melaungkan azan pada setiap waktu sembahyang fardu.
  • Melaungkan azan kedua bagi sembahyang Jumaat.
  • Melafazkan iqamat sebelum sembahyang fardu.
  • Membaca ayat-ayat al-Quran dalam surah al-Ahzab ayat 56 ketika Imam ​atau khatib menaiki mimbar.
  • Membaca doa ringkas ketika khatib duduk antara dua khutbah dalam ​sembahyang Jumaat dan sembahyang hari raya dan khutbah khas.
  • Menguruskan jenazah.
  • Mengimamkan sembahyang semasa ketiadaan Imam.
  • Berselawat di permulaan dan antara setiap dua rakaat sembahyang ​tarawih.
  • Menghadiri tiap-tiap Mesyuarat Jawatankuasa Kariah masjid itu; dan
  • Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Majlis atau ​Nazir.



Pegawai Masjid

SIAK

TN HJ SAHIDIN ​SADAR

Kuasa Penolong Setiausaha dalam Peraturan ​Masjid dan Surau

User Groups

KUASA PENOLONG SETIAUSAHA - Seksyen 18 Peraturan ​Masjid dan Surau NEGERI Selangor 2017

  • Menjaga kebersihan seluruh kawasan meliputi dalam dan luar masjid itu.
  • Memastikan pintu masjid dibuka dan ditutup pada setiap hari.
  • Memastikan ruang sembahyang, tempat wuduk, kolah, ruang makan, bilik ​mesyuarat, bilik kuliah, bilik mandi dan tandas sentiasa bersih.
  • Memastikan alat kelengkapan sembahyang seperti tikar, sejadah, kain saf, ​telekung, sentiasa tersedia, bersih, kemas dan tersusun rapi.
  • Memastikan aset dan inventori masjid dalam keadaan selamat.
  • Memastikan suis dan kelengkapan elektrik dihidupkan dan dimatikan
  • selepas digunakan.
  • Melaporkan apa-apa kejadian yang tidak diingini yang berlaku di masjid itu ​kepada Nazir.
  • Menghadiri tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Kariah; dan
  • Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Majlis atau ​Nazir.