pENGIMARAHAN, ​OPERASI, ​PEMBANGUNAN dan ​KHAIRAT

KETUA BIRO

SDR KHAIRUDDIN ALIAS

Tugas dan Tanggung Jawab Biro Pengimarahan

Core Values Icon

BIRO PENGIMARAHAN

  • Merancang dan melaksanakan kegiatan keagamaan Islam, perhimpunan ​atau majlis sambutan hari kebesaran Islam.
  • Merancang dan melaksanakan program pengimarahan masjid berkala dan ​khas seperti mengadakan dan mengurus majlis-majlis akad nikah, khatam ​al-Quran, gotong royong, dan lain-lain.
  • Menjadikan masjid sebagai pusat pelbagai aktiviti perpaduan, ekonomi, ​sosio budaya, persinggahan musafir, riadah dan perjumpaan ahli kariah
  • Mempelbagaikan aktiviti yang menarik masyarakat mendampingi masjid ​sebagai rumah kedua
  • Membantu biro kebajikan dan biro-biro lain menganjurkan majlis-majlis ​kemasyarakatan seperti hari keluarga, sukaneka, dll
  • Mengadakan program bersama pemimpin masyarakat tempatan
  • Menjadi pemangkin juga perancang untuk keseluruhan aktiviti ​pengimarahan masjid.



pENGIMARAHAN, ​OPERASI, ​PEMBANGUNAN dan ​KHAIRAT

KETUA BIRO

SDR KHAIRUDDIN ALIAS

Tugas dan Tanggung Jawab Biro Operasi

User Groups

BIRO OPERASI, Keceriaan dan Penyelenggaraan

  • Memastikan operasi harian masjid berjalan lancar
  • Memastikan kemudahan masjid (ruang solat, pantri, tandas, bilik mesuarat ​dan kuliah, bilik pengurusan jenazah) dalam keadaan baik, bersih dan ​selesa
  • Memastikan persekitaran dan lanskap masjid dalam keadaan terurus, baik, ​bersih, selesa dan cantik
  • Memastikan ruang parkir, bangunan pejabat, bangunan perniagaan dan ​bangunan sampah dalam keadaan terurus, baik dan bersih
  • Memastikan prosedur dan pelan keselamatan masjid, peralatan ​keselamatan seperti “fire extinguisher”, fire hydrant dalam keadaan baik ​dan sentiasa bersedia
  • Sekuriti harian dan hari Jumaat


pENGIMARAHAN, ​OPERASI, ​PEMBANGUNAN dan ​KHAIRAT

KETUA BIRO

DATO’ SUID SAAD

Tugas dan Tanggung Jawab Biro Pembangunan

User Groups

BIRO PEMBANGUNAN

  • Merancang dan menyediakan pelan pembangunan masjid jangka ​sederhana dan panjang
  • Menyediakan kertas kerja projek untuk kelulusan jawatan kuasa kariah dan ​pihak Pejabat Agama Islam Selangor
  • Mengurus projek dari ‘sanction’ (kebenaran memulakan) hingga lengkap ​dan serahan ke pihak masjid


pENGIMARAHAN, ​OPERASI, ​PEMBANGUNAN dan ​KHAIRAT

KETUA BIRO

HJ ABD RAZAK MD ALI

Tugas dan Tanggung Jawab Biro Ekonomi

User Groups

BIRO EKONOMI

  • Merancang dan mendapatkan kelulusan inisiatif dan aktiviti ekonomi ​masjid
  • Menjana sumber kewangan masjid dan ahli kariah
  • Menjana sumber sumbangan tetap daripada pewakaf individu dan korporat
  • Meningkatkan ekonomi masjid melalui aktiviti pelaburan dan usahasama
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti ekonomi seperti jualan langsung, ​sewaan, pasar ramadhan, dll
  • Mempromosi dan mengurus aktiviti sewaan fasiliti masjid seperti program ​umrah, sewaan bilik kuliah & mesyuarat, bangunan perniagaan, dll
  • Membina ilmu keusahawanan ahli kariah dan membantu ahli untuk ​meningkatkan tahap sosio ekonomi keluarga.


pENGIMARAHAN, ​OPERASI, ​PEMBANGUNAN dan ​KHAIRAT

KETUA BIRO

Abstract Gradient Background

SDR ZAIFUL BAHARI

Tugas dan Tanggung Jawab Biro Aset

User Groups

BIRO ASET

  • Merancang dan menyediakan pelan pengurusan aset masjid termasuk ​pelan penyelenggaraan harta alih dan tidak alih
  • Memastikan semua aset didaftarkan;
  • Memastikan aset disimpan di tempat yang sesuai dan selamat;
  • Memastikan penyelenggaraan ke atas aset dilaksanakan.
  • Meyediakan kontrak penyelenggaraan berkala dan tertentu (‘ad hoc’).
  • Memastikan hasil penemuan pemeriksaan aset diambil tindakan;
  • Membuat penandaan aset, dokumentasi dan pengauditan aset tahunan ​(stock take)
  • Menyediakan pelan/perancangan pelupusan dan pengurusan kehilangan ​dan hapus kira aset alih.
  • Mengemukakan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih dan Tak Alih ​kepada Majlis melalui Pejabat Agama Islam Daerah sebelum 30 Jun tahun ​berikutnya.


pENGIMARAHAN, ​OPERASI, ​PEMBANGUNAN dan ​KHAIRAT

KETUA BIRO

SDR MOHD NOR IRMAN SULAIMAN

Tugas dan Tanggung Jawab Biro Teknologi ​Maklumat, Multimedia dan Penerbitan

User Groups

BIRO IT DAN MULTIMEDIA

  • Menyediakan pelan pembangunan teknologi informasi (it) dan multimedia ​masjid
  • Membangunkan dan menyelenggara sistem digital masjid yang efektif ​termasuk e-masjid, ‘web site’ masjid, info tv, aplikasi pengurusan atas ​talian termasuk sistem penyelenggaraan masjid (cth: lapuran kerosakan), ​maklum balas atas talian kariah, informasi terkini masjid untuk kariah
  • Mengurus dan memantau operasi peralatan ‘it’, multimedia dan sistem ​suara masjid
  • Mempromosi program dan aktiviti masjid termasuk biro-biro masjid ​melalui saluran digital, kain rentang, media sosial, dll
  • Merangka dan menerbitkan bahan penerbitan, majalah, risalah dan lain-​lain untuk menyebar maklumat dan mempromosi aktiviti masjid
  • Membantu menyediakan media sosial dan kandungan untuk kempen ​mendapatkan dana aktiviti masjid.


pENGIMARAHAN, ​OPERASI, ​PEMBANGUNAN dan ​KHAIRAT

KETUA BIRO

DR HISHAM HAMID

Tugas dan Tanggung Jawab Biro Khairat dan ​Pengurusan Kematian

User Groups

BIRO KHAIRAT DAN PENGURUSAN KEMATIAN

  • Menguruskan pendaftaran, kemaskini dan urusan berkaitan khairat ​kematian masjid
  • Mengurus urusan jenazah dari pemberitahuan hingga selesai majlis ​pengkebumian bersama petugas masjid yang telah ditentukan
  • Merancang keperluan tanah perkuburan dan urusan penyediaan tapak ​perkuburan
  • Mengurus penjagaan bilik jenazah, apa-apa barangan atau peralatan serta ​kawasan dan peralatan di tanah perkuburan.


pENGIMARAHAN, ​OPERASI, ​PEMBANGUNAN dan ​KHAIRAT

KETUA BIRO

DATIN NOR MURIANI MUSTAFA

Tugas dan Tanggung Jawab Biro Pengurusan ​Jenazah Muslimat

User Groups

BIRO PENGURUSAN JENAZAH MUSLIMAT

  • Mengurus jenazah muslimat untuk urusan mandi dan pengkafanan
  • Merancang program latihan yang efektif dan berkesan