Pentadbiran

NAZIR

DATO’ SUID SAAD

Kuasa Nazir dalam Peraturan Masjid dan Surau

Core Values Icon

KUASA NAZIR - Seksyen 11 Peraturan ​Masjid dan Surau NEGERI Selangor 2017

  • Mengetuai pengurusan dan pentadbiran masjid.
  • Memastikan semua aktiviti masjid tidak bercanggah dengan pegangan Ahli ​Sunah Wal Jamaah.
  • Mengarahkan Setiausaha Jawatankuasa Kariah memanggil Mesyuarat ​Jawatankuasa Kariah, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kariah, Mesyuarat ​Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas.
  • Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kariah, Mesyuarat Khas ​Jawatankuasa Kariah, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung ​Khas.
  • Bertanggungjawab mengawal urusan kewangan mengikut Garis Panduan ​Pengurusan Kewangan Masjid dan Surau Negeri Selangor yang telah ​ditetapkan oleh Majlis.
  • Menandatangani surat, dokumen rasmi masjid dan semua minit mesyuarat ​yang dipengerusinya
  • Memastikan jadual tugasan harian Imam, Bilal dan Siak dilaksanakan.
  • Menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib terhadap anggota ​Jawatankuasa Kariah dan Pembantu Masjid
  • Memastikan orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara ​tentang agama Islam, memberikan ceramah, tazkirah atau membaca ​khutbah mempunyai tauliah yang dibenarkan oleh Majlis
  • Memastikan khatib membaca teks khutbah yang disediakan oleh Majlis
  • Menasihati ahli kariah masjid itu tentang perkara-perkara yang berkaitan ​dengan agama Islam
  • Memastikan daftar ahli kariah masjid sentiasa dikemas kini.
  • Melaporkan dengan segera kepada Majlis segala perkara berbangkit dalam ​kariah itu yang patut diketahui oleh Majlis;
  • Memastikan bahawa biro-biro yang diwujudkan menjalankan tugas-tugas ​dengan sempurna
  • Mewakili Jawatankuasa Kariah bagi masjid itu dalam apa-apa perjumpaan ​dengan mana-mana pihak lain
  • Memastikan bancian dan pendaftaran asnaf zakat, ibu tunggal, anak-anak ​yatim dan orang kurang upaya dalam kariah masjid itu dijalankan.
  • Menjadi Penasihat bagi surau dalam kariah masjidnya.



Pentadbiran

TIMBALAN NAZIR

DR ZAMRI ARIFIN

Kuasa Timbalan Nazir dalam Peraturan ​Masjid dan Surau

User Groups

KUASA TIMBALAN NAZIR - Seksyen 18 Peraturan Masj​id dan Surau NEGERI S​elangor 2017

  • Hendaklah membantu Nazir dalam melaksanakan tugas-tugasnya dan ​dalam melaksanakan tugas-tugas Nazir semasa ketiadaanya

Pentadbiran

SETIAUSAHA

HJ ZULKIFALI HUSSAIN

Kuasa Setiausaha dalam Peraturan ​Masjid dan Surau

User Groups

KUASA SETIAUSAHA - Seksyen 18 Peraturan Masjid dan ​Surau NEGERI Selangor 2017

  • Memanggil mesyuarat atas arahan Nazir dan mencatat butir-butir ​mesyuarat dengan lengkap.
  • Menyediakan dan mengedar minit mesyuarat JK Kariah, Mesyuarat JK Khas, ​Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Agung Khas dan apa-apa laporan ​lain yang perlu disediakan.
  • Mendapatkan maklum balas tentang pelaksanaan apa-apa dasar dan ​keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kariah.
  • Bertanggungjawab bagi hal ehwal daftar kariah, surat-menyurat masjid, ​buku, rekod, garis panduan, tatacara dan laporan yang berkaitan dengan JK ​Kariah selain kewangan.
  • Menandatangani segala baucer bayaran bagi apa-apa perbelanjaan yang ​telah diluluskan oleh JK Kariah semasa ketiadaan Nazir.
  • Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam masjid.
  • Menguruskan pentadbiran dan keperluan pejabat masjid.
  • Menyedia, menjaga dan menyimpan buku, rekod, garis panduan, tatacara ​dan laporan yang berkaitan dengan Jawatankuasa Kariah selain kewangan;
  • Membangun dan/atau mengemaskini dan melaksana manual pengurusan, ​dokumen Had Kuasa (LOA), garis panduan dan tatacara(prosedur) ​pentadbiran masjid
  • Menyedia Carta Organisasi dan membangun/mengemaskini spesifikasi ​kerja Biro dan pekerja
  • Merancang dan menyedia perancangan strategik masjid untuk ​perbincangan dan kelulusan JK Kariah
  • Menyedia Penunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk setiap Biro, Pegawai ​Masjid, AJK, dan Pekerja untuk kelulusan JK Kariah
  • Menyedia Status Prestasi Pentadbiran Masjid, Biro Dan Status Kemajuan ​Projek dan dibentangkan kepada JK Kariah


Pentadbiran

PEN. SETIAUSAHA

DR HISHAM HAMID

Kuasa Penolong Setiausaha dalam Peraturan ​Masjid dan Surau

User Groups

KUASA PENOLONG SETIAUSAHA - Seksyen 18 Peraturan ​Masjid dan Surau NEGERI Selangor 2017

  • Hendaklah membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas-tugasnya ​dan dalam melaksanakan Setiausaha semasa ketiadaanya

Pentadbiran

BENDAHARI

KOL (B) HJ AB HALIM AWANG

Kuasa Bendahari dalam Peraturan ​Masjid dan Surau

User Groups

KUASA BENDAHARI - Seksyen 18 Peraturan Masjid dan ​Surau NEGERI Selangor 2017

  • Menguruskan kewangan dan akaun berdasarkan tatacara kewangan yang ​ditentukan oleh Majlis
  • Menasihati Nazir berkaitan dengam kedudukan kewangan semasa masjid
  • Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan masjid
  • Menyediakan penyata kewangan tahunan, laporan kewangan separuh ​tahun dan berkala untuk disemak oleh Pemeriksa Kira-kira dan ​membentangnya di dalam mesyuarat JK Kariah
  • Mengemukakan laporan di atas yang telah disemak Pemeriksa Kira-Kira ​kepada Majlis.
  • Menyediakan baucer bagi bayaran perolehan yang dilulus Nazir atau JK ​Kariah
  • menandatangani semua cek bagi pihak masjid bersama dengan Nazir atau ​Setiausaha masjid.
  • Mengeluarkan resit dan merekodkan semua wang yang diterima oleh ​masjid
  • Memaklumi ahli kariah tentang jumlah kutipan bagi hari Jumaat dan ​mempamerkan penyata kewangan bulanan di papan kenyataan masjid
  • Menyimpan kunci peti besi di tempat yang selamat, menyedia, ​menyimpan, menyenggara dan menjaga daftar, rekod dan dokumen ​kewangan lain
  • Menyedia, menyimpan, menyenggara dan menjaga daftar, rekod dan ​dokumen kewangan lain masjid.
  • Bertanggungjawab menjawab segala persoalan audit yang dibangkitkan ​oleh Majlis atau firma audit berkaitan dengan pengurusan kewangan bagi ​pihak masjid.


Pentadbiran

PEN. BENDAHARI

EN KAMARUZAMAN YUNUS

Kuasa Penolong Bendahari dalam Peraturan ​Masjid dan Surau

User Groups

KUASA PENOLONG BENDAHARI - Seksyen 18 Peraturan ​Masjid dan Surau NEGE​RI Selangor 2017

  • Hendaklah membantu Bendahari dalam melaksanakan tugas-tugasnya ​dan dalam melaksanakan tugas-tugas Bendahari semasa ketiadaanya